Halim Perdana Kusuma (
18 November 1922 -
14 Disember 1947; namanya juga dieja sebagai
Halim Perdanakusuma) merupakan seorang
pahlawan dari
Sampang,
Indonesia.Semasa perang antara
Belanda dengan Indonesia di
Sumatera pada tahun
1948, Halim dan
Marsma Ismayudi telah diarahkan membeli kelengkapan
senjata di
Thailand. Kedua-dua mereka memandu sebuah
kapal terbang jenis "Enderson". Kapal terbang itu dipenuhkan dengan pelbagai senjata api, termasuk
karbin,
sten-gan,
pistol dan
bom tangan.Dalam perjalanan pulang, kapal terbang mereka terhempas kerana
cuaca buruk. Bangkai kapal terbang ditemui di sebuah kawasan
hutan berhampiran dengan
Lumut,
Perak. Pasukan penyelamat hanya menemui
jasad Halim sahaja. Sebaliknya Ismayudi tidak dijumpai dan tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang. Begitu juga dengan pelbagai kelengkapan senjata api yang dibeli mereka di Thailand, tidak diketahui ke mana perginya. Jasad Halim kemudian dikebumikan di
Gunung Mesah, tidak jauh dari
Gopeng,
Perak. Ada ramai orang
Sumatra, keturunan
Rawa di
Gunung Mesah. Beberapa tahun kemudian, kuburnya digali semula oleh orang Indonesia dan dibawa balik ke Indonesia dan dikebumikan di
Kalibata,
Jakarta. Bagi merakamkan jasa Halim, sebuah lapangan terbang di Indonesia dinamakan dengan nama beliau, iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma. Selain itu, kapal perang
KRI Abdul Halim Perdanakusuma turut dinamakan bersempena beliau.Nasib Ismayudi tidak diketahui. Ketika
Perjanjian Haadyai antara Kerajaan Malaysia dengan
Parti Komunis Malaya pada tahun
1989, seorang
Indonesia turut muncul dalam gencatan senjata tersebut.
Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) mengesyaki komunis warga Indonesia tersebut ialah Ismayudi.